Tuesday, 15 April 2014

..kuatkah aku...

Assalamualaikum …

Allah itu Maha Mengetahi segala-galaNya. Mungkin ini hanya permulaan hidup bagi seorang insan seperti aku. Aku tahu bukan aku seorang yang mengalami situasi ini. Namun aku benar-banar merasai kehilangan kasih sayang seorang insan yang ku panggil Bapa. Aku tahu Allah sedang menguji aku….
Allah tak kan menguji seseorang itu diluar kemampuan nya.. mungkin aku semakin lalai untuk patuh akan perintahNya. Jadi Dia uji aku dengan menarik kembali insan yang dipinjamkan kepada ku selama 21 tahun ini.
Ya Rabb …. Peluklah hati ini …di saat aku rindukan dia..sesungguhnya rindu ini kerana mu Ya Illahi..

‘PESAN USTAZ KAZIM ELIAS’
(Ketika kamu berasa sedih , pejamkan matamu dan katakanlah dalam hatimu ,”inilah perjalanan hidupku..Allah Taala yang meletakkan aku dalam situasi ini..Semua ini perancangan Allah..Jadi ,aku harus teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapan Nya..dan aku terima Qada dan Qadar diriku…Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.. Terima kasih Ya Allah kerana mengasihiku..”)

 Terkadang manusia tidak pernah faham akan perasaan ini. Ya ..kau boleh menyuruh aku bersabar..cakap tentang sabar memang mudah….hakikatnya..orang yang melaluinya akan cuba bersabar namun begitu payah..susah…berat dan derita sekali…Allah…Allah…kuatkan aku…aku ingin bersabar melalui dugaan2Mu… Manusia tidak akan faham selagi tidak melalui pengalaman itu sendiri..
Ya..aku lebih gemar bercerita tentang kesedihan ini dengan ciptaan Tuhan…Lautan Allahyang tenang ,damai dan kadang-kadang lautan itu lebih memahami perasaan ini berbanding manusia. Deru ombak itu seakan ingin berkata sesuatu…tapi aku x fahami…








Setiap gambar ini bercerita tentang erti KebesaranNya...yang tiada tandingan....Allahu Rabbi...Subhanallah...

Zie Schalala Junior (Ruzy Masrani )