Assalamualaikum
…
Allah
itu Maha Mengetahi segala-galaNya. Mungkin ini hanya permulaan hidup bagi
seorang insan seperti aku. Aku tahu bukan aku seorang yang mengalami situasi
ini. Namun aku benar-banar merasai kehilangan kasih sayang seorang insan yang ku
panggil Bapa. Aku tahu Allah sedang menguji aku….
Allah
tak kan menguji seseorang itu diluar kemampuan nya.. mungkin aku semakin lalai
untuk patuh akan perintahNya. Jadi Dia uji aku dengan menarik kembali insan
yang dipinjamkan kepada ku selama 21 tahun ini.
Ya
Rabb …. Peluklah hati ini …di saat aku rindukan dia..sesungguhnya rindu ini
kerana mu Ya Illahi..
‘PESAN
USTAZ KAZIM ELIAS’
(Ketika
kamu berasa sedih , pejamkan matamu dan katakanlah dalam hatimu ,”inilah
perjalanan hidupku..Allah Taala yang meletakkan aku dalam situasi ini..Semua
ini perancangan Allah..Jadi ,aku harus teruskan perjalanan hidup ini kerana aku
percaya diatas setiap ketetapan Nya..dan aku terima Qada dan Qadar
diriku…Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.. Terima
kasih Ya Allah kerana mengasihiku..”)
Terkadang
manusia tidak pernah faham akan perasaan ini. Ya ..kau boleh menyuruh aku
bersabar..cakap tentang sabar memang mudah….hakikatnya..orang yang melaluinya
akan cuba bersabar namun begitu payah..susah…berat dan derita sekali…Allah…Allah…kuatkan
aku…aku ingin bersabar melalui dugaan2Mu… Manusia tidak akan faham selagi tidak
melalui pengalaman itu sendiri..
Ya..aku
lebih gemar bercerita tentang kesedihan ini dengan ciptaan Tuhan…Lautan
Allahyang tenang ,damai dan kadang-kadang lautan itu lebih memahami perasaan
ini berbanding manusia. Deru ombak itu seakan ingin berkata sesuatu…tapi aku x
fahami…
Setiap gambar ini bercerita tentang erti KebesaranNya...yang tiada tandingan....Allahu Rabbi...Subhanallah...
Zie Schalala Junior (Ruzy Masrani )




